Pages

Friday, June 16, 2023

Filem Seram Terbaharu Indonesia, Iblis Dalam Darah, Menghantui Pawagam Seluruh Malaysia Sekarang



"Iblis Dalam Darah," filem genre seram terbaru Indonesia, telah menghantui pawagam seluruh negara Malaysia. Apa lagi gang, jom kita bagi teaser sikit tentang filem ini. Filem ini merupakan filem pertama arahan pengarah Yannie Sukarya ini menceritakan tentang iblis yang boleh merasuk manusia melalui saluran darah dan menyesatkan mereka untuk melakukan perkara yang tidak munasabah. Ye korang, iblis merasuk manusia melalui saluran darah dan korang juga boleh expect benda the unthinkable terjadi.

Filem seram Iblis Dalam Darah, yang telah menjadi antara genre yang paling diminati ramai dan sering mendapat sambutan hangat penonton Malaysia, akan memberikan penonton babak lonjakan ketakutan yang mendebarkan. "Saya ingin menghasilkan sebuah filem yang boleh dikaitkan dengan kehidupan seharian. Tanpa kita sedari, syaitan dan iblis boleh merasuk tubuh manusia melalui darah, dan mempengaruhi perlakuan kita. Jadi saya terpanggil untuk mengutarakan kisah ini dalam bentuk sebuah filem," kata Yannie Sukarya, pengarah filem. 

Iblis Dalam Darah diterbitkan oleh nama yang tidak asing lagi dalam arena filem seram Indonesia, Penerbit Helroad Production Helfi Kardit. Menurut beliau, filem tersebut menjalani penggambaran di Gunung Salak, di sebuah rumah yang terletak dalam kawasan hutan yang sunyi.

“Lokasi ini dipilih kerana kami ingin menggambarkan kehidupan golongan berpendapatan rendah yang sering dipinggirkan dalam menghadapi masalah. Selain adegan di sekitar kawasan kampung dan hutan Gunung Salak, kami juga membuat penggambaran di kawasan sungai dan gua,” tambah Helfi.

Gambar: Pasukan produksi dan pelakon Iblis Dalam Darah.

Filem seram berunsurkan agama ini dibintangi oleh barisan pelakon Indonesia, seperti Ryass Randa, Michelle Joan, Cut Ashifa Al’ar, dan Soraya Rasyid. Mengulas mengenai pemilihan pelakon, Yannie berkata bintang utama Ryaas Randa dipilih kerana kemerduan suara beliau ketika membaca al-Quran.

“Pada awalnya, kami sebenarnya sudah mempunyai pilihan untuk watak utama filem ini, namun kami masih tercari-cari pelakon yang mempunyai suara merdu serta boleh mengaji, bersesuaian dengan watak yang dibawa. Akhirnya, kami memilih Ryaas Randa. Barisan pelakon hebat yang ada dalam filem ini memberikan lakonan berkualiti dan kami harap ianya akan menarik penonton untuk menonton filem ini,” kata Yannie.

Berpeluang untuk membintangi filem Iblis Dalam Darah, Ryaas Randa meluahkan rasa bangga. Pelakon lulusan D’Academy ini turut mengaku pernah berasa runsing dengan kemampuan dirinya untuk melakonkan watak yang dibawa.

“Dalam filem ini, ada adegan yang memerlukan saya untuk membaca ayat suci Ruqyah dengan lantang. Pada mulanya, saya risau tidak dapat melakukannya dengan baik. Namun, Alhamdulillah, saya berjaya melakonkan babak ini dan saya amat berpuas hati,” kata Ryaas.

I dah tengok cerita ni masa dia baru keluar dan i boleh cakap yang jalan cerita dia dari awal dah mengejutkan. So stand by je la ye kalau dah beli popcorn untuk makan, sebab confrim takut tertumpah sebab terkejut nanti. Jalan cerita intense dan juga seram yang boleh naikkan bulu roma. Balik malam tu tak dapat tidur sebab takut terbawa mimpi. haha.  Iblis Dalam Darah akan mula ditayangkan di pawagam pada 18 Mei 2023. Ikuti akaun Facebook dan Instagram mm2 Entertainment Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai filem-filem terbaharu.

No comments:

Post a Comment