Friday, February 25, 2022

10 Sebab Perlu Dibimbing Mentor Dalam Perniagaan

Kenapa kita pergi sekolah? Jika tidak pergi sekolah, kita tidak ada ilmu dan kita tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Bagaimana untuk berjaya? Bagaimana untuk meneruskan kehidupan? Kerana di sekolah kita belajar, membaca, menulis dan memahami pelajaran dan sebagainya.

Nak buat bisnes perlukah ke kelas dan belajar? Sekiranya kita ingin berjaya dalam bisnes yang kita lakukan, kita perlu mendapatkan ilmu. Sama konsepnya seperti pergi sekolah, bezanya adalah ilmu perniagaan boleh didapatkan secara pengalaman berniaga, secara belajar di kelas perniagaan dan lain-lain lagi.



10 Sebab Perlu Dibimbing Mentor Dalam Perniagaan

1 Mentor boleh perbaiki salah dan silap yang kita lakukan

2. Mentor boleh memastikan kita berada on track

3. Mentor boleh tegur kesalahan kita

4. Mentor umpama penasihat Dan guru kita

5. Mentor memberi ilmu kepada kita

6. Mentor berkongsi inspirasi dan memotivasikan kita

7. Mentor memberi penyelesaian jika kita ada masalah

8. Mentor membimbing dan mengawasi tindak-tanduk kita 

9. Mentor memastikan kejayaan kita

10. Mentor adalah membantu Kita mencapai matlamat kita



Dengan adanya Mentor perniagaan, ia merupakan shortcut ataupun jalan pintas untuk kita mencapai kejayaan. Sekiranya tiada Mentor, kemungkinan kita akan melakukan apa sahaja sendirian tanpa ada nasihat dari orang yang berpengalaman dan berjaya. Itulah sebab kenapa kita selalu gagal dan sukar untuk berjaya dengan cepat.

Bagi Asyraf Khalid, anak kepada Datuk K beliau beranggapan bahawa Mentor usahawan sangat penting. Tanpa Mentor usahawan, mungkin mereka akan melakukan perniagaan mengikut hati sahaja dan tidak tahu itu tindakan betul atau tidak.

Tapi dengan adanya guru, kejayaan lebih mudah dan cepat.

Asyraf hanya mengambil masa tiga tahun sahaja untuk berjaya dalam perniagaan dan mencapai jualan jutaan ringgit.

Kejayaan Dan perubahan Asyraf Khalid mengembirakan Datuk K



Sempena hari lahir Datuk K, makan malam diadakan. Datuk K berpeluang menemui Datuk Wira Dr Azizan Osman pada malam tersebut.

Datuk Wira Dr Azizan Osman yang turut bersama mereka pada malam itu terharu mendengar ucapan dari Datuk K. Perubahan Aysraf didedahkan oleh bapanya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa. Menurutnya, kehidupan Asyraf berubah menjadi lebih baik bahkan perniagaan sangat menguntungkan.


Asyraf juga telah memberitahu,

"Membuat beliau bangga dengan saya merupakan 'big why' selama ini.

"Alhamdulillah, semuanya berubah bila bertemu dengan Mentor saya yang betul-betul ubah bisnes Mutyara, malah hidup dan memberikan saya banyak perspektif lebih baik,"

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada bapa yang membesarkan saya sebegini, sentiasa beri bimbingan, tak berikan saya kesenangan dan sentiasa percaya meskipun banyak kegagalan dalam hidup.”

"Saya ambil kegagalan itu sebagai pengajaran dan terima kasih kepada Mentor yang dapat mengeluarkan potensi yang ada dalam diri ini," jelasnya.


Ramai Suka Input Ucapan Datuk K 


Video Datuk K berucap pada malam itu telah ditonton oleh 15,000 orang hanya dalam beberapa jam sahaja.

Dalam video itu juga, Datuk K merakamkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Datuk wira Dr Azizan Osman. Beliau bersyukur anaknya dibimbing oleh mentor usahawan dan pakar pemasaran No 1 Asia ini.



Datuk K juga banyak memuji Datuk Wira Dr Azizan Osman akan sebab bimbingannya yang sangat bagus. Difahamkan, Datuk Wira bukan sekadar ajar tentang bisnes, tetapi memberi penekanan tentang attitude, perhubungan manusia sesama manusia dan perhubungan dengan Allah SWT.

Asyraf juga bertambah yakin dengan mentor perniagaannya. Tambahan pula, anak didik Richworks mempunyai nilai-nilai baik menyebabkan Asyraf juga mencontohi mereka.

"Mereka meskipun sudah mencapai kejayaan pada satu tahap yang baik dengan jualan jutaan ringgit masih rendah diri, tidak lokek berkongsi ilmu dan perkara betul dilakukan," ujarnya.

Datuk K Kagum Dengan Datuk Wira Dr Azizan Osman


Jika kita dengar ucapan Datuk K, beliau nampaknya amat mengagumi Datuk wira Dr Azizan Osman. Maklumlah Datuk wira memiliki kebolehan dalam membimbing para usahawan sehingga menjadi jutawan.

Walaupun banyak cabaran, usahawan yang bertahan akan berjaya. Oleh itu, jangan cepat putus asa. Jika sudah berjaya pula, jangan sombong dan ego dengan orang lain. Rajin bantu orang lain untuk berjaya okey!



“Saya pun cemburu dan kagum dengan Azizan, kerana ada kebolehan membina ramai jutawan yang mana saya tak boleh buat.”

“Bayangkan jutawan yang Azizan bimbing ini, boleh mengingati Tuhan, beribadah, bersedekah daripada hasil kejayaan mereka, saya percaya sebahagian pahala akan dapat kepada beliau kembali kerana hasil bimbingan, didikan dan tunjuk ajarnya.”

“Azizan memimpin tangan mereka semua, tunjuk mereka mana longkang, mana tempat nak kena langkah, mana tempat nak kena lompat, awak semua (rakan usahawan jutawan) sangat beruntung. Saya tak dapat ini semua ketika seusia anda dan masa memulakan perniagaan,” jelasnya.

“Jangan lupa masyarakat lain, di luar sana ada juga orang yang tak berjaya seperti kita, jangan terlalu berbangga dan ego, tapi 'be humble, more humble and more humble', ajar mereka untuk capai kejayaan,”
ujarnya lagi.

No comments:

Post a Comment