Hi uolls, hari ni terlebih excited nk share dgn korang tentang product yang dibuat oleh orang tempatan kami sendiri, iaitu Simply Lynn! Kalau korang dah selalu ikut blog Sara ni, korang akan perasan yang Sara sentiasa tulis review dalam bahasa inggeris. Tapi kali ni sebab nak highlightkan barang orang Malaysia, kita kena lah sekali sekala tulis dalam bahasa Malaysia. Gittew. HAHA. Ok, kalau korang nk tau tentang produc Simply Lynn dengan lebih lanjut, baca la blog post ni. Sara dah susah susah tulis, tak kan korang tk nk baca kan? Hehe.
Sebagai intro, Simply Lynn adalah produk yang mengutamakan orang yang inginkan kulit yang flawless dan cantik. Haa, kalau korang mmg nk tau rahsia retis yang muka nampak macam sentiasa glowing je, Simply Lynn la rahsia dorg tu. Malaysia ni panas, dan mmg penting sangat untuk kita jaga kulit kalau nk sentiasa nmpk muda tnpa jerawat ataupun sun burn. Dalam entry blog ini, Sara akan kenalkan EMPAT produk dari Simply Lynn iaitu Simply Lynn Glowing Gel Treatment, Simply Lynn Glow Day Cream, Simply Lynn Glowing Beauty Spray dan Simply Lynn Booster Glow Whitening Plus Detoxin.
SIMPLY LYNN | Glowing Gel Treatment
Produk pertama yang Sara akan terangkan dengan lebih lanjut adalah produk Simply Lynn Glowing Gel Treatment. Produk ini digunakan untuk menghilangkan jerawat, menghilang bintik hitam (jeragat), menghilang kedutan dna garis halus, melambakan tanda penuaan, membentuk dan menegangkan kulit, melembutkan kulit, membuat muka menjadi lebih kurus (v shape), menyejukkan muka, mencerahkan muka dan membuat muka nampak lebih glowing.
Haa! Terkejut korang tengok satu gel boleh buat pelbagai benda. Sara pun suka sebenarnya kalau produk yang boleh dijadikan pelbagai guna. Selalunya, lepas cuci muka, Sara akan apply Simply Lynn Glowing Gel Treatment sebab ia akan menyejukkan muka. BEST SANGAT RASA DIA! Tk perlu nak risau pasal jeragat yang mengada kat muka. Botol dia pun kelas sangat! Dengan 2 pum cukup untuk satu applikasi.
SIMPLY LYNN | Glow Day Cream
Produk yang seterusnya adalah Simply Lynn Glow Day Cream. Sara anggapkan Glow Day Cream berfungsi macam cream biasa, tpi apa yang best ada krim muka ini tidak melekit! Kegunaan Glow day cream ini adalah untuk melindungi kulit daripadan sinaran matahari (cahaya UV), memberi muka kesan yang gebu & glowing, menutup pori-pori, dan menjadikan wajah lebih licin dan sekata.
Sebanarnya, masa dapar produk ini, ada la jugak terasa macam comel sangat bekas dia yang mengandungi 20gm. Tapi haa, bila dah guna produk ini, sikit je kena apply bila dah tepek kat muka. Memang la masa letak tu nmpk agak putih, tapi Sara suka blend krim ini dengan foundation smbil gunakan berus makeup. Boleh la nampak macam glowing glowing muka tu. Hehe. Apa yang Sara suka adalah sbb produk ini tidak melekit, ringan di muka, bertahan lebih 12 jam (LAMA WEH), dan makin korang berpeluh, muka akan makin glowing.
SIMPLY LYNN | Glowing Beauty Spray
Antara semua produk Simply Lynn, Glowing Beauty Spray adalah antara favret produk Sara. Kalau korang nk make up tahan lama, dan produk yang beri effect glowing & flawless, ini adalah rahsianya untuk kulit yang lebih cantik dan segar. Setiap pagi, Sara akan gunakan produk ini sebagai base make up. Ia boleh juga merawat masalah jerawat, jeragat dan resdung, menjadikan kulit lebih awet muda, membantu mengecilkna liang pori, membantu menghilangkna pigmentasi pada kulit, and mengurangkan kerengsangan pada kulit. Patut la tengok setengah orang muka sentiasa glowing je, rupanya Simply Lynn Glowing Beauty Spray boleh membantu untuk mencantikkan kulit. Hehe.
Ia sangat sesuai untuk wanita, lelaki dan semua peringkat umur termasuk bayi juga. Cara penggunaannya selalunya, Sara akan semburkan pada wajah 3 atau 4 kali sehari sebelum dan selepas menggunakan make up. Juga, produk ini boleh juga disemburkan pada rambut untuk melebatkan dan merawat rambut anda (ataupun semburkan pada kepala jika ada rasa migrain). Sekarang Sara tinggal separuh botol dekat rumah, separuh lagi dekat tempat kerja. Bila sakit kepala tu, Sara spray ni memang rasa menyejukkan.
SIMPLY LYNN | Booster Glow Whitening Plus Detoxin
Tidak juga dilupakan, adalah Simply Lynn Booster gow Whitening Plus Detoxin. Ia diperbuat oleh bahan bahan semulajadi seperti extrak tumbuhan, extrak lemon, stawberry/blueberry yang kaya dengan kandungan vitamin C. Selain itu, ia juga boleh membantu cepatkan process penurunan berat badan, memberi tekstur kulit yang cantik, menguatkan anti bodi badan dan lain lain lagi. Kelebihan Booster Glow Whitening Plus Detoxin ini adalah ia membantu menghilangkan parut dan jerawat, menguatkan kuku dan rambu, mengurangkan masalah migrain, membantu melawaskan pembuangan dan mengempiskan perut buncit, dan mencerahkan badan.
Sebagai kesimpulan, Sara sudah mencuba guna produk Simply Lynn selama seminggu lebih dan antara keempat produk tersebut, Sara suka Glowing Gel Treatment dan produk glowing beauty spray sebab dua dua akan kesan yang menyejukkan. Kulit asal Sara selalunya mcm berminyak tapi kering dekat T-zone, tapi lepas guna produk ni selama seminggu, kering kesan dan berminyak dah tk de sangat! Best je feeling dia. Hehe. Untuk maklumat lebih lanjut, korang boleh lah tengok facebook dorang yang Sara akan letak link direct di bawah.
SIMPLY LYNN
Contact : 0162430390 / 0172953447