Friday, June 3, 2016

Jualan Pertengahan Tahun Petsmore.com


Hi semua! Harini tetiba rasa rajin sikit, saya tulis blog dalam bahasa melayu! Kali ni kepada peyayang binatang, saya nk memperkenalkan jualan pertengahan tahun Petsmore.com yang bermula dari sekarang sampai 12 Jun 2016 di Petsmore Malaysia untuk memberi peluang kepada saya dan rakan-rakan untuk memanjakan haiwan kesayangan di rumah. Kalau orang yang dah kenal saya, korang mesti dah tau yang saya ada seekor kucing yang terlebih manja dekat rumah.


Tapi sekarang adalah peluang yang terbaik untuk memanjakan haiwan kesayangan anda di rumah sambil jimat wang. Kalau tak pun, dari beli harga penuh, baik beli harga yang kita dapat jimat kan?  Boleh la guna duit untuk beli benda lain pulak (manjakan diri la kot. haha) Nasib baik Petsmore ada banyak outlet, senang la kalau nk beli barang nanti. hehe.



Antara barang yang menarik perhatian saya adalah makanan kucing IAMs. Kalau korang ada kucing, memang korang akan tau yang IAMs ni mmg mahal sikit dari brand biasa. Tapi sempena jualan pertengahan tahun, Petsmore telah membuat promosi diskaun 50% untuk pembelian kedua. Haa, korang bayangkan lah! Jimat sangat! Beli Cat Litter untuk kucing manja dirumah pun dapat diskaun 50%. Haaa, kalau korang scroll kebawah lagi, macam macam lagi preview jualan pertengahan tahun di Petsmore. Aksesori untuk haiwan kesayangan anda pun boleh didapati dengan harga lebih murah. Antara aksesori yang ada adalah,  katil kucing/angjing, mangkuk makanan, pakaian, makanan kering/basah, snek kucing, dan lain lain lagi! Menyesal kalau korang terlambat untuk beli belah untuk haiwan kesayangan kat rumah.


Ataupun, kalau korang takde haiwan kesayangan dekat rumah, korang boleh la beli ikan dulu. Sekarang dekat Petsmore Malaysia, korang boleh beli akuarium ikan dengan potongan 50%! Pastu, alang alang boleh la beli ikan tetra dengan harga promosi RM1 je. Menyesal kalau tak beli kot. Saya dah ada akuarium dekat rumah, macam tergoda nak beli ikan tetra ni. Nmpk meriah sikit rumah nanti. hehe.


Kalau ada yang berminat nk beli hamster pun dapat diskaun. Tengok dalam video yang facebook Petsmore Malaysia promote, ada la nampak yang korang boleh beli hamster dengan harga RM6.99 je. Dah mmg tk de alasan untuk cakap yang nk beli haiwan untuk dimanja kat rumah tu mahal. Sangkar hamster pun boleh dapat dengan harga serendah RM35. Tak sampai RM50 tu untuk jaga hamster kat rumah. Nak bagi hadiah kat kawan pun boleh, confirm ramai orang akan berebut untuk beli ni. Kalau korang dah ada anak, beli hamster pun boleh untuk mengalakkan anak anak yang sedang membesar untuk menjadi lebih bertanggungjawab.


Selain itu, untuk bakal pemilik haiwan kesayangan, Petsmore juga akan mengadakan pakej RM118 untuk semua termasuk. Saya pun tk sabar nk tau apa Petsmore.com akan tawarkan, tpi kalau nk tau, sila lah ke Petsmore! Murah tak murah? Kepada orang yang selalu dalam tekanan, kadang kita tk sedar yang memliki haiwan kesayangan di rumah akan memberi banyak faedah untuk menurunkan tekanan lepas balik kerja, kelas dan lain lain lagi. Jadi, ini adalah peluang anda untuk memiliki haiwan kesayangan.


Dan sebelum saya lupa, saya diberitahu yang servis dandanan haiwan peliharaan juga ada promosi yang bermula dari RM118 untuk 3 sesi dandanan haiwan peliharaan (kucing/anjing) yang boleh digunakan dalam jankaan 6 bulan . Bayangkan kalau hantar kucing mandi 3 kali dalam 6 bulan dengan hanya membayar RM118 untuk 3 sesi? Memang balik rumah jumpa kucing, wangi dan bersih sangat. Si manja pun mesti sayang tuan dia lebih. 


Haaa, yang ini khas untuk bakal pemilik haiwan di rumah, kalau korang beli kucing/anjing dari Petsmore.com, korang boleh ada pilihan untuk tambah nilai RM88 untuk dapat dandanan kucing/anjing yang bernilai lebih dari RM1500. Pakej ini termasuk 12 dandanan basic dan 12 hari hotel stay untuk si manja. Memang tak tipu. Kalau nk tau syarat lebih lanjut, korang boleh la singgah Petsmore.com dan cepat buat booking untuk dandanan kicih anda dan untuk penginap malam kalau korang dah plan nak bercuti masa raya nanti. Senang tak? Hehe. 


Jangan cakap saya tak kongsi, memang kalau korang cepat mesti dapat. Tunggu apa lagi? Korang dah boleh rangcangkan untuk apa nak beli supaya korang tk terlebih beli pulak bila dah dekat Petsmore Malaysia. Kalau nk informasi lanjut, sila lawat FB Petsmore Malaysia atau www.petsmore.com. Kalau ada masa, jangan lupa daftar sebagai ahli di Petsmore untuk dapat faedah menarik seperti diskaun 5% dengan setiap pembelian, extra diskaun 5% bulan lahir anda, 168 jam jaminan kesihatan untuk pembelian haiwan peliharaan di Petsmore, pulangan dalam tempoh 30 hari, sambutan hari ahli, kumpul mata dan penebusan mata, dan juga kemaskini berterusan untuk setiap promosi yang diadakan di Petsmore.com.

Untuk senangkan korang, senarai di bawah adalah lokasi kedai Petsmore Malaysia. Tunggu apa? Cepat singgah Petsmore terdekat sebelum stok habis (untuk senarai lokasi, lawat http://www.petsmore.com/store-locator/)! Jangan cakap saya tak pancing.

1. OUG Mega Mendung
2. Desa Park City
3. Setapak Central Mall
4. Wangsa Melawati
5. Viva Mall
6. Kepong Metro Perdana
7. Kota Kemuning 
8. Puchong Jalan Kenari
9. The Mines
10. Subang Jaya SS15
11. Citta Mall
12. Taman Connaught
13. Bandar Mahkota Cheras
14. One Utama
15. Taman Maluri Cheras
16. Giant Kota Damansara
17. Dataran Sunway Kota Damansara
18. Bandar Puteri Puchong
19. Setia City Mall
20. Empire Subang Gallery
21. Bukit Tinggi
22. Setia Prima
23. Taipan USJ
24. Sri Petaling 
25. PJ SS2


Aliza Sara xx

No comments:

Post a Comment